Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Pelbagai jenis bunga raya
Mail this Foto to a friend
Search BoardTracker for..
Pelbagai jenis bunga



Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Thursday, 1-Nov-2007 03:06
Bunga Raya.....bunga kebangsaan



Semasa balik kampung tempohari dalam sibukĀ² berhari raya sempat jugak lah mengambil foto bunga raya yang ada kat rumah mak. Memang banyak jugak lah bunga raya yang mak tanam yang berbagaiĀ² warna dan yang ada ni hanya lah sebahagian sebab ada juga yang tak mengeluarkan bunga pada masa tu.
Pernah terbaca dalam The Star , ianya boleh dijadikan Jus Bunga Raya , tapi tak tahu lah rasa dia camna sebab tak pernah cuba pun.Caranya lebih kurang begini selepas dialih bahasakan.. :-D ada berani cuba!..... :P

Jus Bunga Raya
Petik beberapa kuntum bunga raya (ikut suka la banyak mana pun), seeloknya dibuat waktu malam. Cuci bersih dari segala serangga dan masukkan dalam periuk, letak air separas dengan bunga tadi dan masak sehingga mendidih.....biarkan semalaman.
Keesokan harinya tapiskan air tu dan perahkan sedikit limau nipis ( masa nih, kaler akan tukar dari kaler pink ke rose pink) dan boleh tambahkan brown sugar, simpan dalam peti ais .....sedia untuk diminum.
Nota kaki: - The red variety of Hibiscus has the highest level of antioxidant.

ni pulak sedikit info mengenai bunga raya dari wikipedia...

Bunga Raya merupakan sejenis tumbuhan berbunga yang sering di tanam sebagai pokok hiasan. Tumbuhan berbunga mula muncul pada zaman Cretaceous. Pokok berbunga pertama adalah angiosperm.

Hibiscus rosa-sinensis adalah bunga kebangsaan Malaysia, dikenali sebagai Bunga Raya. Selepas mencapai kemerdekaan, Kementerian Pertanian telah diarah mencadangkan bunga yang sesuai untuk dipilih sebagai bunga kebangsaan. Pada akhir pada tahun 1958 Kementerian Pertanian telah mencadangkan tujuh jenis bunga untuk dipilih sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu. Bunga yang dicadangkan adalah Bunga Kenanga, Bunga Raya, Bunga Melur, Bunga Teratai, Bunga Mawar, Bunga Cempaka dan Bunga Tanjung. Selepas perbincangan, pada 28 Julai 1960, Bunga Raya telah diisytiharkan sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu. Apabila Tanah Melayu bergabung dengan Singapura, Sabah dan Sarawak untuk menubuh Malaysia, Bunga Raya terus diguna sebagai bunga kebangsaan.

Hibiscus Cina (Hibiscus rosa-sinensis L.; Keluarga Malvaceae) adalah pokok renek asal di barat Asia, juga dikenali sebagai mawar China dan bunga Kasut. Ia ditanam secara meluas sebagai hiasan di seluruh kawasan tropika dan separa tropika. Bunganya besar, merah, keras, tetapi tidak berbau.

Pelbagai cultivars, varieties, dan hibrid telah dihasilkan, dengan warna bunga pelbagai dari putih kepada kuning dan kuning bata dan merah jambu lembut, dengan kelopak set tunggal dan berganda. Bunga ini digunakan bagi mengilat kasut disebahagian India.

© Pidgin Technologies Ltd. 2014.